alahai PTPTN

Morning sume..

Ha pepagi buta ni i dh berbelog tau...hehe..td i bca paper..then ade 1 isu ni mrik perhtian i..i rase kn..sape2 pn akan tertrik kalau korang sume prnh ade kaitan ngan PTPTN..

Usaha pastikan pinjam dijelas secara konsisten mulai Jun depan

TEMERLOH: Semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membuat bayaran pinjaman menerusi potongan gaji mulai Jun tahun depan, kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohd Said. Beliau berkata, ia usaha terbaru perbadanan berkenaan bagi memastikan peminjam membayar balik pinjaman secara konsisten pada masa depan.

Kita akan memperhalusi perkara ini pada mesyuarat ahli lembaga hujung bulan ini, termasuk aspek teknikal dan pindaan Akta PTPTN 1997 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya awal tahun depan.
Kita juga akan menunggu keputusan kerajaan berhubung gaji minimum yang akan ditetapkan kepada peminjam sebelum potongan gaji dilakukan, katanya kepada media pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dan UMNO bahagian itu, di sini, semalam. Hadir sama Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf. Ismail yang baru dilantik jawatan itu pada 1 September lalu berkata, cadangan itu perlu memandangkan konsep pembayaran balik secara sukarela oleh peminjam sebelum ini gagal mencapai matlamatnya.

Malah, katanya, potongan gaji menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara sukarela juga kurang menggalakkan dan hanya menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah pembayaran balik daripada peminjam. Beliau berkata, sehingga Julai lalu, bayaran balik yang diperoleh PTPTN daripada RM23 bilion yang diperuntukkan sejak 1997 ialah RM1.8 bilion berbanding RM3.6 bilion sepatutnya diterima. Dalam tempoh sama, hanya 600,000 peminjam membayar balik daripada 1.6 juta peminjam PTPTN dan masih ramai peminjam yang kurang komitmen untuk membayar balik pinjaman masing-masing, katanya.

p/s:Mr Asha tlong byar ptptn i bleh~:p

No comments:

Post a Comment