Assalamulaikum..
Alhamdullilah..dpat lg kta mnghirup udra segar pg ni..nikmat sngguh rasenye..kn? erm..korang perasan x sekarang ni bulan islam dh bulan ape??xthu??ish2..cmni la..sbut je beragama islam..tp bla tnye blan islam pn xthu..hehe..jgn mrah er..nnti kna jual..
ok la..skrg ni kta dh msuk bulan syaaban..pada sesape yg xthu tu..blan syaaban ni blan ke 8 dalam kalendar islam..snang cite..ni ambik lirik lagu psal blan islam..
"Muharam,Safar,Rabiulawal,Rabiulakhir
Jamadilawal,Jamadilakhir,Rejab,Syaaban
Ramadhan,Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah..
Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakanDi tahun gajah
Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil
Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana
Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan"
ha..dh bca lirik tu..jgan hafal n kira blan tu je plak..korang kna mndalami mksud lagu tu jgak....hehe..ok la..kalu berckap psal bulan syaaban ni..bnyk sngt kelebihan yg boleh kta ambik...kn?pastu pd blan syaaban ni jgak ade 1 mlam yg dipnggil mlam nifsu syaaban..besenye mlam tersebut adlah mlam ke 15 syaaban..
"Sabda Nabi s.a.w :Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku..Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan dosa"..
Ok..kat sni sy nk kongsi skit lg fakta2 tntng Kelebihan Bulan Syaaban ni..jom kta check it out..
(1)Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.
(2)Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan syaaban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukkan dia ke dalam Syurga.
(3)Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
(4)Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Syaaban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali ahli nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
(5)Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.
(6)Barangsiapa membaca:-
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taala orang benar siddiq (orang yang benar).
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taala orang benar siddiq (orang yang benar).
(7)Allah akan mengampunkan dosa pada malam nisfu syaaban kecuali enam orang:
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang derhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak bergaduh
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang mengadu domba
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang derhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak bergaduh
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang mengadu domba
Amalan pada malam Nisfu Syaaban.
Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah di bacabaca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Begitu lah serba sdkit yg sy dpat kgsi kn bersma..mari la kta same2 memanfaatkan sbnyk mngkin kebaikan yg ade pd blan ini untuk mndapat phala tersebut..ape yg sy coretkn adalah utk mengingati dr sndri dn jga org lain..
so..korang renung2kn dan selamat beramal..(jgn mrah prof izi )hehehe..waallahhua'alam..
No comments:
Post a Comment